Halaman

Ahad, 21 November 2010

Operasi Asas Penguat Kendalian (Operational Amplifiers)

Dalam pembelajaran Penguat Kendalian, atau mudahnya dipanggil Op-Amp, Terdapat beberapa bentuk susunan Op-Amp dan perintang bagi pelaksanaan fungsi - fungsi asasnya. dalam rajah di bawah, boleh dilihat susunan dan rumus yang berkaitan dengan 8 operasi asas Op-Amp.


Gambarajah 5: Operasi Asas Penguat Kendalian

Dalam setiap operasi asas Op-Amp, apa yang penting adalah keluaran (Vout) yang bersandarkan konfigurasi perintang dan masukan (Vin). Selamat Mencuba

Hukum Ohm dan Watt

Hukum Ohm dan Watt adalah asas dalam pembelajaran elektrik dan elektronik. Biasanya digunakan dalam analisis litar - litar elektronik mudah yang melibatkan Voltan, Arus, Rintangan, dan Kuasa. Hukum ini boleh dikaitkan seperti dalam gambarajah di bawah.

Gambarajah 4: Hukum Ohm dan Watt

Boleh dilihat pada gambarajah 4 kaitan dan rumus yang berkaitan dengan kedua - dua hukum berkenaan secara mudah. Dengan ini, mudah untuk mengaplikasikan hukum - hukum ini untuk analisis litar mudah. Selamat Mencuba.

Menentukan nilai Kapasitor

Biasanya untuk litar elektronik, kita menggunakan 2 jenis kapasitor, iaitu kapasitor Berkutub dan tidak berkutub. Kapasitor berkutub mempunyai polariti positif (+) dan negatif (-), manakala kapasitor tidak berkutub tidak mempunyai polariti. Masing - masing mempunyai peranan tersendiri dalam litar elektronik. Mari kita lihat bagaimana menentukan nilai sesebuah kapasitor berdasarkan kod yang dicatatkan pada badan / permukaan sesebuah kapasitor.

Gambarajah 3: Kod Kapasitor


Untuk sesebuah kapasitor, nilai kemuatannya dan tolerancenya perlu ditentukan, dan untuk penggunaannya hendaklah ditentukan nilai voltan operasi yang sesuai. Pastikan nilai yang digunakan sesuai untuk litar, bagi mendapatkan hasil yang baik. Selamat Mencuba.

Menentukan Nilai Perintang (Kod Huruf & Nombor)

Bagaimana jika perintang tiada kod warna dan hanya dibekalkan dengan kod nombor dan huruf? Biasanya pada perintang jenis seramik berbentuk blok segiempat tepat. Disini ada caranya. Mari kita lihat.


Gambarajah 2: Kod Huruf dan Nombor

Berdasarkan 6 contoh di atas, dapat dilihat bagaimana nilai rintangan ditentukan dengan berpandukan angka dan huruf yang ditandakan pada permukaan perintang berkenaan. Selamat mencuba.

Menentukan Nilai Perintang (Kod Warna)

Assalamualaikum. Di sini diterangkan cara - cara menentukan nilai perintang berdasarkan kod warna yang ada ditandakan pada badan sesebuah perintang. berikut adalah warna dan nilainya
Gambarajah 1: Kod Warna dan Nilai yang diwakili

Biasanya sesebuah perintang memiliki 4 jalur kod warna pada permukaannya, yang mewakili angka pertama, kedua, pekali, dan peratus toleransi. Kebiasannya nilai sebenar rintangan sesebuah perintang adalah diantara nilai atas dan bawah toleransi yang dinyatakan melaui kod warna.

Contoh:

Jalur Pertama (Nilai)              : Perang - 1
Jalur Kedua (Nilai)                    : Hitam   - 0
Jalur ketiga (Pekali)               : Merah  - 3 ( 10 kuasa 3 = 1000)
Jalur Keempat (% Tolerance): Emas    - 5%

Mengikut turutan Jalur, nilai pada perintang berkenaan adalah: (10 x 1000) +/- 5%
bersamaan 10,000 Ohm +/- 5%. Maka nilai rintangan pada perintang berkenaan adalah diantara 9,500 Ohm sehingga 10,500 Ohm. (Biasanya disebut 9.5 kOhm - sehingga 10.5 kOhm)

Selamat Mencuba.

Rabu, 10 November 2010

Selamat BerBlogging!

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia...
Pertama kali membuat laman blog, kekok rasanya,
Pernah Dengar, Pernah Tengok, tp baru ini nak Buat....tak semudah disangka rupanya...
Harap nak buat sendiri, Jauh Sekali,
Masuk Kursus VTO, baru merasa buat benda ini...
Sakit kepala....pening dibuatnya,
Apapun, berjaya juga buat Posting ni....
Anggap satu cabaran, yang perlu diatasi,
HAIRUL BOLEH!